◉ HEADLINES

KPDN pantau lebih 500,000 premis seluruh negara sejak Januari: Armizan

KPDN komited untuk terus memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan lagi kecekapan warga penguat kuasa kementerian berkenaan

3:35 PM MYT

 


PENAMPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) giat menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan telah memeriksa 512,204 premis perniagaan di seluruh negara, sejak 1 Jan hingga 31 Julai lepas.

Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada penguatkuasaan yang dijalankan itu, sebanyak 7,711 kes dibuka melibatkan nilai rampasan RM54.4 juta.

Beliau berkata kementeriannya turut mengeluarkan kompaun dan denda berjumlah RM6.9 juta, selain merekodkan tangkapan melibatkan 415 orang. 

“Ini menunjukkan penguatkuasaan dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam memastikan kita dapat mewujudkan persekitaran perdagangan sihat dan pengguna berkat. Ini penting,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah peringkat Sabah 2023 di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, hari ini.

Program disertai seramai 36 peserta daripada sembilan sekolah di Sabah itu merupakan aktiviti tahunan KPDN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, antara lain bertujuan mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar. 

Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN komited untuk terus memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan lagi fungsi, kompetensi dan kecekapan warga penguat kuasa kementerian berkenaan.

“Begitu juga dalam aspek perundangan. Di bawah KPDN, ada 12 akta terlibat termasuk berkaitan dengan penguatkuasaan.

“Justeru, adalah perlu untuk mana-mana akta dikaji, diteliti dan dibuat pindaan bagi membolehkan aspek penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengulas mengenai Jualan Rahmah di Sabah, Armizan berkata kementeriannya optimis rakyat negeri itu, khususnya B40, akan lebih menikmati manfaat program tersebut apabila ia diperluaskan menerusi konsep Jualan Rahmah Bergerak.

Beliau berkata peruntukan tambahan RM50 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai lepas bagi memperluaskan program itu akan membolehkan Jualan Rahmah Bergerak diadakan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related