◉ HEADLINES

PH-BN bincang pelantikan TKM, exco P.Pinang

Perbincangan ini melibatkan pemimpin-pemimpin PH-BN peringkat negeri sebelum senarai nama diserah kepada pucuk pimpinan pusat parti masing-masing

4:52 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mengadakan mesyuarat mengenai pelantikan Timbalan Ketua Menteri (TKM) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang.

Perbincangan pada kira-kira jam 10 pagi ini melibatkan pemimpin-pemimpin PH-BN peringkat negeri sebelum senarai nama diserah kepada pucuk pimpinan pusat parti masing-masing.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya telah menghantar senarai nama calon TKM dan anggota exco daripada parti itu pada mesyuarat tersebut.

“Namun keputusan siapa yang akan dipilih atau dilantik dalam kerajaan negeri akan di putuskan oleh pucuk pimpinan pusat PH-BN. Saya difahamkan mereka bermesyuarat malam ini…jadi kita tunggu keputusan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya turut menyerahkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  untuk calon exco dalam kerajaan negeri dan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“UMNO faham kita hanya menang dua kerusi DUN dan saya hargai jika ada dalam kalangan ADUN (UMNO) dilantik menyertai barisan exco Pulau Pinang,” katanya.

Gabungan PH-BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi; PKR (tujuh); Amanah (satu); dan BN (dua); manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.

Pihak media hari ini menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri berhubung istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan berlangsung di Dewan Seri Pinang, di sini, Rabu ini.

Semalam, Chow Kon Yeow, 65, yang merupakan Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara, di sini. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related