◉ HEADLINES

Pesawat layak terbang, penerbangan ikut tatacara: CAAM

Penerbangan pesawat tersebut patuh kepada rules of the air Malaysia

2:29 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor semalam memiliki semua lesen dan pendaftaran yang sah termasuk sijil kelayakan terbang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud.

Beliau berkata penerbangan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), yang didaftarkan di luar negara dan menggunakan lesen dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara, untuk perjalanan dari Langkawi ke Subang itu mematuhi tatacara penerbangan (rules of the air) Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan maklumat diperolehi, semua lesen yang dimiliki syarikat pengendali pesawat yang terhempas iaitu lesen kru penerbangan, sijil pendaftaran serta sijil kelayakan terbang pesawat berkenaan adalah sah.

“Penerbangan pesawat tersebut patuh kepada rules of the air Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam ketika dalam perjalanan menuju  ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang.

Menurut Norazman semalam, hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang ialah pada pukul 2.47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada pukul 2:48 petang.

Beliau juga berkata tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut.

Nahas itu mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun maut. 

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ditanya sama ada operasi Jetvalet Sdn Bhd dihentikan sementara, Norazman berkata:”Buat masa ini, tidak. Operasi adalah operasi persendirian (private category) yang digunakan oleh pemilik dan bukan untuk hire and reward (commercial)”.

Norazman berkata CAAM akan membantu Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan menjalankan siasatan mengenai tragedi nahas pesawat itu dari sudut teknikal iaitu operasi penerbangan. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related