◉ HEADLINES

Zafrul bakal ganti Norza sebagai presiden BAM: sumber

Sumber mendedahkan berita berkenaan selepas khabar angin bahawa pemenang pingat perak tiga kali Olimpik, Datuk Lee Chong Wei akan mengambil alih

4:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ramai dalam kalangan peminat badminton percaya bekas pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bagaimanapun terdapat seorang lagi yang turut dipertimbangkan untuk kedudukan tertinggi persatuan tersebut.

Bercakap kepada Scoop, sumber dalaman berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz disebut-sebut calon pilihan untuk menggantikan Norza sebagai presiden BAM selepas beliau meletak jawatan hujung tahun ini.

“Ia bukan Chong Wei memandangkan Tengku Zafrul akan mengambil alih jawatan itu dari Norza. Ia bukan mengejutkan, kerana Tengku Zafrul mempunyai latar belakang korporat, yang membezakan beliau dari lain-lain.

“Saya tahu ramai dalam industri yang berharap Chong Wei sebagai calon untuk menggantikan Norza, namun kita memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang korporat seperti Tengku Zafrul untuk mengemudi BAM.

“Tugas sebagai presiden BAM adalah memastikan aliran wang masuk adalah lancar dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Ini yang dilakukan oleh Norza sejak mengambil alih jawatan itu pada 2017.

“Norza mengkorporatkan BAM. Tengku Zafrul mempunyai keupayaan untuk meneruskan legasi kerana mempunyai latar belakang korporat,’’ kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa profail perbankan ahli korporat itu akan membantu menjadikan BAM lebih baik.

“Beliau (Zafrul) dikenali dan memberikan kelebihan menarik penaja. Anda memerlukan seseorang yang berkaliber untuk meneruskan kerja Norza.

Tengku Zafrul sentiasa menaruh minat pada sukan sejak beliau menjadi ketua eksekutif CIMB bank.

Ahli perniagaan yang beralih menjadi ahli politik itu telah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa penganjur untuk Lumba Basikal Junior Malaysia, Kejohanan DOTA 2 Malaysia, Siri Triatlon Ironman 70.3 dan kejohanan Golf Kebangsaan CIMB.

Beliau juga terlibat dengan Kejohanan Litar Skuasy Remaja Kebangsaan dan pembangunan gelanggang bola sepak Johan Cruyff di Kuala Lumpur – The Cruyff Foundation.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pemenang tiga kali pingat perak Olimpik, Chong Wei akan mengambil alih jawatan presiden BAM. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related