◉ HEADLINES

PM cadang tingkatkan ekonomi dengan AS menerusi tumpuan perdagangan, pelaburan

Cadangan Anwar dikemukakan dalam intervensinya semasa Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-11 di Jakarta, Indonesia

11:19 PM MYT

 

JAKARTA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan kerjasama selanjutnya antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi tumpuan terhadap kerjasama ekonomi yang lebih mendalam, melalui perjanjian kerangka pelaburan dan perdagangan serta libat urus ekonomi yang  meluas.

Beliau menegaskan pentingnya menyokong pelaburan langsung asing, mengembangkan perusahan mikro, kecil dan sederhana ke peringkat antarabangsa, mempromosi pertumbuhan hijau untuk kemampanan iklim dan memastikan penggunaan sumber yang cekap dan keterjaminan makanan.

Cadangan Perdana Menteri dikemukakan dalam intervensinya semasa Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-11 di sini, dihadiri Naib Presiden Amerika Syarikat  Kamala Harris dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam dunia digitalisasi, beliau menggalakkan AS supaya bekerjasama dengan ASEAN untuk memajukan transformasi digital di rantau ini, meliputi kesalinghubungan infrastruktur digital, 5G selain daripada peraturan dan dasar data digital.

Mengenai tenaga, Anwar berkata, ASEAN menyasarkan untuk menjana 23 peratus tenaga primer daripada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 dan berusaha mendapatkan sokongan daripada AS untuk mencapai sasaran itu.

Malaysia juga menyambut baik Perkongsian Strategik Komprehensif AS, terutamanya ucapan pemimpin di sidang kemuncak itu untuk memajukan Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik semasa sidang kemuncak ini.

“Ini adalah amat penting untuk negara-negara yang komited kepada prinsip demokrasi dan kebertanggungjawapan,” katanya.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada yang dihadiri Justin Trudeau, Anwar berkata: ”Kanada merupakan rakan yang sangat boleh diharapkan,” dan menyatakan Trudeau sememangnya amat peka terhadap pendirian ASEAN, seiring dengan rakan sekutunya dari Barat.

“Justeru kami berminat untuk kerjasama selanjutnya dalam bidang ini, termasuk Perjanjian  Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dan isu perubahan iklim,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related