◉ HEADLINES

Jangan cemari perayaan Hari Malaysia dengan demonstrasi – Mustapha

Mustapha Sakmud berharap generasi muda yang sayangkan negara supaya berfikiran rasional dan tidak terjebak dengan seruan berdemonstrasi itu

10:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini akan menjejaskan perayaan nasional itu yang sepatutnya  disambut dengan penuh keharmonian, kata  Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah Mustapha Sakmud.

Beliau  berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.

“Sepatutnya ulang tahun ke-60 ini dijadikan wadah untuk mendidik generasi muda tentang sejarah dan intipati pembentukan Malaysia dan bagaimana kita merencana agenda masa depan negara ini.

Mengajak generasi muda untuk turun berdemonstrasi bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia bukan saja tidak menghormati perayaan nasional ini, tapi memberi isyarat yang tidak baik kepada generasi muda negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap generasi muda yang sayangkan negara supaya berfikiran rasional dan tidak terjebak dengan seruan berdemonstrasi itu.

Ahi Parlimen Sepanggar itu berkata Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk memastikan generasi muda negara ini dapat menikmati kehidupan lebih baik menerusi akses pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan baharu, gaji progresif serta jaringan perlindungan komprehensif.

“Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun Hari Malaysia ke-60 dengan tekad dan semangat baharu dalam memastikan negara ini akan terus diperkasakan dan menjadi antara peneraju ekonomi di rantau ini.

“Generasi muda perlu mencorakkan masa depan negara ini dengan teras keharmonian dan perpaduan yang dihasratkan oleh generasi terdahulu,” katanya. – 12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related