◉ HEADLINES

Bajet 2024: KKM, Kementerian Pendidikan terus dapat peruntukan terbesar

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata rasionalisasi subsidi perlu disusun supaya bantuan subsidi kerajaan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan

3:21 PM MYT

 

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata antara isu yang akan difokuskan dalam Belanjawan Madani kedua itu bagi KKM ialah pembinaan klinik-klinik kesihatan dan mengatasi masalah kesesakan hospital kerajaan di seluruh negara. 

“Dalam Belanjawan Madani, isu kesihatan dan pendidikan kita akan terus utamakan. Fokus utama ialah kemudahan kesihatan termasuk rumah sakit. 

“Ada yang kata sejak Anwar jadi PM, kebanyakan hospital sesak, sesak ini dah lama berlaku, jadi kita akan uruskan dengan baik,” kata beliau ketika berucap melancarkan Skim Perubatan Madani dan program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini. 

Sementara itu, Anwar berkata rasionalisasi subsidi perlu disusun supaya bantuan subsidi kerajaan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan. 

Ini kata beliau termasuk caj rawatan hospital kerajaan. 

“Kena kaji, kalau nak terus bagi subsidi, yang 10 peratus (golongan berpendapatan tinggi) kita tak perlu bagi subsidi, macam hospital, caj rendah, percuma pun ada, tapi kita bagi pada semua, salah kah golongan paling kaya kita kenakan bayaran lebih tinggi,” kata beliau. 

Menyentuh mengenai Skim Kesihatan Madani, Perdana Menteri berkata ia merupakan satu inisiatif penting Dasar Malaysia Madani bertujuan menyediakan akses sama rata perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada golongan B40. 

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengucapkan selamat Hari Farmasi Sedunia pada warga farmasi seluruh negara sempena hari yang disambut pada 25 Sept lepas. 

Beliau turut memuji usaha negeri Perak yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempertingkat maklumat kesihatan kepada rakyat termasuk program Bulan Kesihatan Malaysia peringkat negeri. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related