◉ HEADLINES

Industri halal, Jakim tidak boleh beroperasi seperti zaman batu

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sudah tiba masanya dua agensi ini diperkasakan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam industri produk halal dunia

7:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Halal Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak lagi boleh beroperasi seperti di zaman batu.

Sebaliknya, kata beliau, sudah tiba masanya dua agensi ini diperkasakan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam industri produk halal dunia.

“Masa untuk kerajaan memperkasakan HDC dan Jakim. Kedua-dua agensi ini tidak boleh beroperasi macam beroperasi di zaman batu. Staf Jakim cuma berapa orang, staf HDC berapa orang, opis pun tersorok.

“Agensi seperti ini perlu diperkasakan, memberikan lebih banyak peruntukan untuk melakukan promosi dan pelbagai industri pengeluaran halal di seluruh negara,’’ katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan besar sebanyak RM1.9 bilion untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

Daripada jumlah berkenaan, sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam, antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar serta sekolah tahfiz.

Mengulas lanjut, Bung berkata, industri produk makanan halal ini berjumlah hampir AS$7 trilion setiap tahun namun Malaysia hanya memperolehi keuntungan 0.0001 peratus sahaja daripada jumlah berkenaan.

Sedangkan Malaysia, katanya, harus sedar bahawa produk makanan halal ini memberikan hasil yang besar.

“Negara yang mengaut keuntungan adalah Singapura,Thailand, Korea, Hong Kong dan Jepun. Malaysia tidak ada nombor,’’ katanya. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related