◉ HEADLINES

PM ke Istanbul bincang konflik Palestin-Israel

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Erdogan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan ke Kaherah, Mesir pada Ahad untuk bertemu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi

1:00 AM MYT

 

RIYADH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Istanbul, Turkiye untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan berhubung konflik Palestin dan Israel.

Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada 6.15 petang (11.15 malam waktu Malaysia) untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Erdogan, Anwar dijadualkan ke Kaherah, Mesir pada Ahad untuk bertemu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi.

Semalam, Perdana Menteri berkata bahawa pertemuan dengan El-Sisi adalah bagi membincangkan mengenai pembukaan laluan sempadan Rafah untuk memudahkan penyaluran bantuan makanan, minuman dan perubatan ke Palestin. Sempadan Rafah terletak di antara Mesir dan Genting Gaza, Palestin.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua lawatan kerja itu  mencerminkan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin khususnya bagi meringankan penderitaan dan kesengsaraan dialami penduduk Palestin akibat krisis di Semenanjung Gaza yang masih berterusan.

Anwar tiba di Riyadh pada Khamis bagi mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi termasuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Beliau telah menyampaikan ucapan yang mengetengahkan konflik semasa Israel-Palestin pada sidang kemuncak pertama pemimpin ASEAN-GCC di Hotel Ritz-Carlton itu.

GCC adalah pakatan politik dan ekonomi yang dibentuk oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.

ASEAN dan GCC menjalin hubungan pada 1990 susulan hasrat blok negara-negara teluk mewujudkan hubungan rasmi dengan rantau itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco Amin H Nasser diikuti dengan beberapa lagi pertemuan dengan kapten industri dan firma Arab Saudi.

Beliau turut menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas jemputan peribadi baginda.

Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah AS$10.26 bilion direkodkan pada 2022. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related