◉ HEADLINES

Laungan ‘Hidup Gaza’ gegarkan Arena Axiata, rakyat Malaysia terus bersolidariti untuk Palestin

Ia merupakan himpunan ke lima diadakan sejak Israel membedil Gaza pada 7 Oktober lalu

10:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan pada malam Selasa menyaksikan kehadiran peserta paling ramai iaitu 20,000 orang sejak himpunan seumpamanya diadakan sebelum ini.

Ia merupakan himpunan ke lima diadakan sejak Israel membedil Gaza pada 7 Oktober lalu.

Seawal 6 petang, orang ramai sudah berkumpul di Arena Axiata bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain para menteri dan kenamaan-kenamaan lain.

Penyanyi Faizal Tahir turut mempersembahkan lagu bertema kemanusiaan iaitu ‘Assalamualaikum Dunia’.

Turut menyertai himpunan ini adalah golongan belia, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Setakat ini, 5,087 penduduk Palestin di semenanjung Gaza terkorban sejak Israel memulakan serangan. – 25 Oktober, 2023

Para peserta digalakkan merakam perhimpunan semalam untuk dikongsi bagi meningkatkan kesedaran tentang pendirian Malaysia dalam perang Palestin-Israel – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023
Stadium Axiata Arena yang mempunyai kapasiti tempat duduk berjumlah 16,000, menyaksikan bilangan peserta yang jauh lebih ramai daripada itu semalam – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023
Solat Maghrib berjemaah dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sous telah disertai lebih seribu orang yang mendoakan kemerdekaan negara tersebut – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023
Himpunan Malaysia Bersama Palestin juga dihadiri ramai tetamu kehormat, termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023
Peserta juga membawa sepanduk bertulis ‘Dari sungai ke samudera, Palestin akan bebas’, yang kini menjadi frasa yang sering dilaungkan dalam perhimpunan-perhimpunan solidariti – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023
Dengan kehadiran ramai peserta yang bersolidariti bersama Palestin di perhimpunan seluruh dunia, adakah Israel mula cuak? – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dari penyokong rejim Israel, namun Malaysia tetap tegas dengan pendiriannya – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023
Kehadiran lebih 20,000 peserta yang penuh semangat di perhimpunan semalam telah memenuhi kedua-dua kawasan tempat duduk dan kawasan terbuka Arena Axiata – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023
Kezaliman Zionis Israel ternyata tidak mengira umur, kerana bayi yang tidak berdosa juga menjadi mangsa – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023
Sejarah berulang lagi, ironinya, yang ditindas dahulu menjadi penindas sekarang – Sairien Nafis, 25 Oktober, 2023
Nampaknya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bukan lagi satu-satunya ‘tokoh’ yang dikecam masyarakat – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related