◉ HEADLINES

Jangan mudah terpedaya ‘scammer’ kutip derma Palestin

Diketahui rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini, namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu

5:21 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutip sumbangan khususnya untuk rakyat Palestin.

Beliau berkata rakyat Malaysia amat terkesan dengan situasi di Palestin ketika ini, namun mereka perlu berhati-hati dalam menyalurkan sumbangan agar tidak tertipu.

“Hati-hati dengan scammer (penipu) yang cuba mengambil kesempatan, kadang-kadang mereka letak gambar Masjid Al-Aqsa, kanak-kanak Palestin tetapi scammer. Saya pohon, kita rakyat Malaysia memang murah hati, mudah bantu orang tapi janganlah sampai tertipu. Duit itu tidak sampai kepada rakyat Palestin.

“Gunakan saluran rasmi dan rujuk kepada pihak berkuasa untuk mengesahkan sama ada tabung itu betul atau tidak,” katanya pada sesi temu bual bersama radio SABAHfm di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital Sabah, di sini hari ini.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Khamis lepas, sebagai tanda solidariti bersama rakyat negara itu yang dizalimi.

Dalam pada itu, beliau berkata beberapa isu perlu diselaraskan mengenai penggunaan rangkaian 5G di negara ini yang masih pada tahap rendah, antaranya caj tinggi oleh beberapa syarikat telekomunikasi dilihat membantutkan usaha menarik lebih ramai rakyat menggunakan 5G.

Perkhidmatan 5G yang pantas katanya akan memberi manfaat terutama kepada pihak industri seperti perkilangan, pelabuhan dan pusat pemprosesan serta mengurangkan pembaziran dalam industri.

Fahmi berkata isu di Sabah bagaimanapun bukan melibatkan peralihan rangkaian 4G kepada 5G, sebaliknya mengatasi masalah capaian Internet di negeri itu.

“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah Internet di Sabah dahulu. Itu yang menjadi keutamaan saya kerana ramai yang  menyampaikan pandangan termasuk ahli-ahli Parlimen tentang isu yang berlarutan, termasuk dalam warga KKD,” katanya dan menambah beliau akan membincangkan perkara itu dalam kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related