◉ HEADLINES

Tiada keperluan Kerajaan Perpaduan tawar projek untuk dapat sokongan: Fahmi

Media hari ini melaporkan dua Ahli Parlimen PN mendakwa ditawarkan projek di kawasan Parlimen mereka sebagai imbuhan kepada sokongan terhadap kerajaan

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan menawarkan sebarang projek kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan seperti yang didakwa dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pada waktu ini adalah cukup baik dan mencecah 149 Ahli Parlimen. 

“Malah Perdana Menteri telah jelaskan di Parlimen bahawa beliau langsung tidak bertemu dengan dua Ahli Parlimen PN yang telah umum sokongan kepada beliau baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama dan RTM hari ini. 

Media hari ini melaporkan Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Ahli Parlimen  Kubang Pasu Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, kedua-duanya daripada PN mendakwa ditawarkan projek di kawasan Parlimen mereka sebagai imbuhan kepada sokongan terhadap kerajaan.

Berhubung kenyataan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa majoriti rakyat mahu parti gabungan itu mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia hanya sekadar untuk menyedapkan “halwa telinga” sendiri dan kumpulan penyokong.

“Alangkah baiknya kalau Hamzah berjaya pujuk pimpinannya untuk terima pelawaan Perdana Menteri sejak dari hari pertama lagi (untuk bersama Kerajaan Perpaduan seperti titah nasihat Tuanku Yang di-Pertuan Agong) atau seperti yang dipelawa awal tahun ini.

Malah diulang lagi semalam, iaitu untuk bertemu (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah Yusof dan berunding isu peruntukan (kawasan Parlimen),” katanya.

PN tidak hilang maruah atau martabat mereka menjadi rendah jika duduk berunding seperti disarankan Perdana Menteri, katanya sambil menambah Pakatan Harapan juga pernah duduk berunding dan akhirnya yang menang ialah rakyat. – 3 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related