◉ HEADLINES

Pengadil perlawanan bola sepak PBT cedera pinggang, kaki dibalun tiga lelaki

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali

10:21 AM MYT

 

IPOH – Seorang pengadil cedera dipukul tiga lelaki tidak dikenali dalam satu perlawanan bola sepak yang diadilinya membabitkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan Majlis Daerah Setiu di Padang Pertanian Lekir, Sitiawan pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun dan merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.

“Semasa pengumuman keputusan perlawanan dibuat oleh mangsa, pihak Majlis Daerah Setiu tidak berpuas hati menyebabkan tiga suspek telah datang menyerang mangsa di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mohamed Nordin berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada 7.26 malam, Sabtu berhubung kejadian itu dan telah mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Norzian Yahya melalui talian 019-3905390 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video menerusi laman Facebook yang memaparkan seorang pengadil perlawanan bola sepak cuba melarikan diri, namun beberapa pemain mengejar serta melakukan terjahan terhadapnya. – 21 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related