◉ HEADLINES

Infrastruktur yang berfungsi penting untuk pastikan penghuni pangsapuri kos rendah selesa: Ramanan

Projek penggantian bumbung, pendawaian, penurapan jalan dan pembinaan parkir adalah langkah penting bagi memastikan suasana di kawasan pangsapuri kos rendah lebih ceria

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kualiti, taraf hidup dan keselesaan adalah aspek penting yang perlu diberikan perhatian bagi membolehkan penghuni pangsapuri kos rendah menjalani kehidupan dengan selesa.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R.Ramanan, apa yang penting ialah keperluan penduduk tersebut tidak terbatas kepada pembinaan fasiliti semata-mata sebaliknya infrastruktur yang berfungsi juga perlu diberikan perhatian.

Jelasnya, projek penggantian bumbung, pendawaian, penurapan jalan dan pembinaan parkir adalah langkah penting bagi memastikan suasana di kawasan pangsapuri kos rendah lebih ceria.

“Saya bersama pasukan Parlimen Sungai Buloh telah melawat pangsapuri di Subang Bestari Seksyen U5, Shah Alam baru baru ini dan mendapati keadaannya mengejutkan.

“Cat bangunan sudah lusuh dan penduduk di tingkat atas mengadu bumbung bocor, air memasuki rumah serta amat menyukarkan kehidupan mereka,’’ katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas perkara berkenaan, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kontraktor yang telah diberikan tugas untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan pangsapuri kos rendah telah diberi Defect Liability Period (DLP) selama setahun.

“Jika (kerosakan) berulang dalam tempoh itu, kontraktor perlu baiki keadaan yang terkesan itu mengikut tempoh masa yang diberikan. Malah menerusi peruntukan yang disalurkan, pembaikan berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh belanjawan pada tahun berkenaan,’’ katanya. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related