◉ HEADLINES

PM tak setuju pandangan Umno gagal kembalikan kepercayaan orang Melayu

Kemenangan Ahmad Samsuri memberikan sekurang-kurangnya sedikit kelegaan kerana imej yang sederhana daripada sikap kepimpinan PAS yang jauh lebih ekstrem: Anwar

12:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang bersetuju pandangan pihak tertentu bahawa Umno masih belum boleh mengembalikan kepercayaan orang Melayu susulan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Anwar turut menyifatkan kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas.

“Tahniah kepada Samsuri atas kemenangan, mudah-mudahan dia dapat jalankan tugas dengan baik.

“..dan juga dari segi negara, dia memberikan sekurang-kurangnya sedikit kelegaan kerana imej yang sederhana daripada sikap kepimpinan PAS yang jauh lebih ekstrem.

“Mudah-mudahan dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 di sini, hari ini.

Pada PRK Kemaman, calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 menewaskan calon Barisan Nasional, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Susulan kekalahan Raja Mohamed itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam, berkata, keputusan PRK Kemaman menunjukkan bahawa parti itu masih jauh untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadap Umno.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, tugas mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan Umno ketika ini adalah tugas sukar, tetapi bukan mustahil.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, parti dalam gabungan PH berpuas hati dengan gerak kerja dilaksana jentera sepanjang PRK berkenaan.

“(Umno tidak dapat sokongan Melayu) Tak juga sebab tengok peratusan undi itu ia ada sedikit susut bagi PAS, tetapi nampak (pengundi) Umno belum keluar.

“Mungkin kita patut beri penjelasan, semalam kita ada mesyuarat antara PH dan pimpinan Umno dan saya puas hati mereka dapat kerah jentera ke akar umbi,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related