◉ HEADLINES

Suami isteri warga emas mati ditikam anak kandung

Menurut sumber polis, pasangan suami isteri berusia 82 dan 72 tahun itu ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah

8:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam ini.

Menurut sumber polis, pasangan suami isteri berusia 82 dan 72 tahun itu ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Sumber berkata berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah pada sekitar jam 7 malam.

“Dalam pergaduhan itu, anak lelaki itu dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah.

“Jiran yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa sudah meninggal dunia dan polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, pemerhatian Bernama di lokasi mendapati pasukan forensik sedang giat melakukan siasatan di lokasi kejadian dan mayat pasangan berkenaan masih berada di dalam rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berjaya ditahan di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint pada jam 10.20 malam.

Katanya, suspek berusia 42 tahun itu diberkas oleh anggota yang menjalankan operasi mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan belukar berhampiran tempat kejadian.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.43 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pertengkaran antara seorang lelaki dan ibu bapanya di Jalan Penchala Hilir 6 Sungai Penchala di sini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

Menurutnya polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa dua jam 40 minit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related