◉ HEADLINES

PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan

Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman SAC Afandi Senin akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan dengan memangku pangkat DCP

12:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Jan ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alzafny Ahmad berkata Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman SAC Afandi Senin akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe pula akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Afandi dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 42 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.

Turut bertukar jawatan ialah CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur Datuk Anuar Othman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor pula akan mengisi jawatan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Adzli Abu Shah akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Zahib Sabari akan menggalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related