◉ HEADLINES

Aman Palestin masih dalam siasatan SPRM: Azam Baki

Kata Tan Sri Azam Baki, sekiranya SPRM mendapati terdapat sebarang isu (dengan Aman Palestin), mereka akan mengesyorkan agar AGC membuat pertuduhan

12:28 PM MYT

 

SEPANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kebenaran urus niaga dan tuntutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Bhd sebelum ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, mereka masih meneliti sama ada NGO terbabit benar-benar menyalurkan wang kepada rakyat Palestin dan bagaimana transaksi yang sepatutnya dilakukan.

“Pegawai SPRM juga sedang meneliti pembelian jongkong emas sebagai satu bentuk pelaburan yang sepatutnya.

“Sekiranya kami mendapati terdapat sebarang isu (dengan Aman Palestin), kami akan mengesyorkan agar AGC (Jabatan Peguam Negara) membuat pertuduhan,” katanya selepas menghadiri Simposium Tadbir Urus Negara 2024, di sini, hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa terdapat sedikit kesukaran dalam siasatan kerana penyiasat perlu mengesan penerima sumbangan Aman Palestin.

“Mereka (Aman Palestin) mendakwa membuat derma, tetapi isunya, siapakah penerimanya? Ini adalah sesuatu yang perlu disahkan oleh penyiasat.

“Ya, mereka memberikan kami nama beberapa penerima (derma), tetapi kami perlu menyiasat siapa mereka ini,” katanya.

Melihat bagaimana proses siasatan akan mengambil sedikit masa, Azam berkata, terdapat keperluan untuk meneruskan pembekuan akaun bank NGO terbabit.

Pada November tahun lalu, media melaporkan SPRM membekukan 41 akaun bank berkaitan Aman Palestin berjumlah RM15.86 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan dalam aktiviti pengumpulan dana NGO itu.

Arahan pembekuan itu membimbangkan NGO terbabit, yang mengancam untuk membawa SPRM ke mahkamah kerana cubaan ‘berniat jahat’ untuk mencemarkan nama baik mereka.

SPRM turut menyerbu dan menggeledah premis Aman Palestin bagi mendapatkan dokumen pengurusan kewangan NGO terbabit sepanjang operasi mereka lima tahun lalu.

Siasatan awal mengenal pasti isu melibatkan penyelewengan dana yang dianggarkan berjumlah RM70 juta, dengan dana tersebut kononnya dialihkan untuk tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat. – 8 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related