◉ HEADLINES

Isu Spanco: SPRM akan panggil anggota pentadbiran negara sebelum ini

Tan Sri Azam Baki berkata tidak kisah siapa mereka, jika ada keperluan, kita akan panggil

3:46 PM MYT

 

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lebih 20 orang saksi, bagi membantu siasatan melibatkan Spanco Sdn Bhd, sebuah syarikat tunggal yang memegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya juga, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anggota pentadbiran negara sebelum ini yang terlibat dalam penganugerahan kontrak kepada syarikat itu, sekiranya diperlukan.

“Kita akan panggil sesiapa sahaja, malah pembuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk menganugerahkan projek itu kepada Spanco. Sejarah disebalik bagaimana syarikat itu dianugerahkan dengan kontrak itu merupakan satu daripada perkara dalam siasatan kami.

“(Kita akan panggil saksi) tidak kisah mereka siapa pun, jika ada keperluan, kita akan panggil mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Cakna Rasuah: SPRM bersama media Sarawak di sini, hari ini.

Azam berkata siasatan terhadap Spanco Sdn Bhd itu, tidak akan memberi kesan kepada  kontrak sedia ada syarikat itu untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

“Fokus siasatan kita akan melihat kepada dua aspek, iaitu pertikaian pembatalan kontrak LOI (surat hasrat) dan juga bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kontrak itu sebelum ini. Kontrak sedia ada (untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan) masih on, siasatan tidak akan membatalkan kontrak,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu melibatkan kontrak kepada Spanco Sdn Bhd, hanya merugikan negara.

Untuk rekod sejak 1993, Spanco Sdn Bhd memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu, bagaimanapun, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi. – 6 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related