◉ HEADLINES

Rayuan pendakwaan berhubung kes bunuh CEO Cradle Fund diputuskan esok

Mahkamah juga akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan ketiga-tiga mereka untuk mencabar beberapa penemuan fakta oleh Mahkamah Tinggi

2:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan.

Keputusan itu dijadualkan disampaikan di mahkamah terbuka pada 2 petang oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada hari yang sama, mahkamah juga akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan ketiga-tiga mereka untuk mencabar beberapa penemuan fakta oleh Mahkamah Tinggi, termasuk penemuan bahawa kebakaran yang berlaku di bilik Nazri “dilakukan dengan sengaja”.

Sekiranya keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan Samirah serta dua remaja terbabit perlu membela diri.

Jika tidak, pembebasan terhadap ketiga-tiga mereka akan kekal.

Pada 23 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah dan dua remaja itu, melengkapkan hujahannya pada 23 Okt, manakala pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim selesai hujahan pada 17 Okt.

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49, yang juga balu Nazrin serta dua remaja yang kini berusia 21 dan 18 tahun, daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka pada akhir kes.

Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, 45, di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 12 Jun 2018 hingga 4 pagi keesokannya.

Pada 30 Jun 2022, Samirah dan dua remaja berkenaan memfailkan rayuan untuk mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi. – 7 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related