◉ HEADLINES

Erry Putra nafi bercinta dengan remaja bawah umur berusia 16 tahun

Hantaran di akaun Tik Tok gadis tersebut yang memaparkan foto-foto mesranya bersama Erry mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon dan penyanyi, Erry Putra menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun.

Menurut Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 46, dia mengenali gadis berkenaan di sebuah acara di Pulau Pinang dan hanya menganggap gadis itu sebagai peminat.

“Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal gadis tersebut sewaktu menjadi pengacara dalam sebuah acara di Pulau Pinang.

“Selama 10 hari acara berlangsung di sana, hampir setiap hari dia datang. Kami berkenalan dan ada ambil beberapa gambar bersama.

“Malah kami juga sering berkomunikasi menerusi Instagram. Tetapi saya tidak pernah memberikan nombor telefon saya kepadanya.

“Disebabkan jarak umur kami yang begitu jauh, saya hanya menganggap dia seperti anak saya,” katanya kepada Scoop.

Gadis tersebut dilihat sering memuat naik foto-fotonya bersama Erry sehingga mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka – Tangkapan layar, 8 Februari, 2024

Terdahulu tular di aplikasi TikTok mengenai seorang gadis yang telah berkongsi foto-foto mesranya bersama Erry. Hantaran gadis tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.5 juta.

Gadis tersebut dilihat sering memuat naik foto-fotonya bersama Erry sehingga mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Malah ketika ditanya mengenai hubungan mereka, gadis tersebut seolah-oleh mengiakan dan memberi bayangan bahawa mereka sedang bercinta tanpa menghiraukan komen netizen yang mengatakan mereka kelihatan seperti bapa dan anak.

Tambah Erry, dia turut berasa kurang selesa apabila gadis tersebut telah memuat naik tangkap layar perbualan mesej mereka.

Antara komen netizen yang mengatakan mereka kelihatan seperti bapa dan anak – Tangkapan layar, 8 Februari, 2024

“Saya rasa tak selesa bila dia buat macam tu ramai yang bertanya pada saya tentang perkara ini. Jadi saya berhenti mesej dengan dia.

“Bila saya berhenti dia tanya adakah saya marah dengannya. Saya beritahu sudah tentu saya marah kerana orang sudah mula salah anggap termasuklah adik saya sendiri,’’ katanya.

Ditanya adakah dia pernah berhubung dengan ibu bapa gadis berkenaan, Erry memberitahu dia tidak mengenali mereka.

“Sebagai seorang selebriti saya sentiasa melayan peminat dengan baik dan hargai segala sokongan mereka terutama apabila peminat datang ke acara kita. Tetapi tak sangka ada yang menaruh perasaan lebih daripada seorang peminat. Saya sendiri jadi serba salah,” ujarnya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related