◉ HEADLINES

Jangan terlalu taksub nasab Rasulullah tanpa selidik terlebih dahulu

Sikap taksub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran

9:28 AM MYT

 

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam terutamanya di negeri ini supaya tidak terlalu taksub dengan dakwaan seseorang itu kononnya daripada nasab Rasullullah SAW .

Beliau juga menasihatkan mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepentingan, sambil mengingatkan  keturunan mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang jika dia adalah seorang yang tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaikan oleh Rasulullah..

“Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taksub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa  sebagai keturunan Nabi Muhammad.

Sikap taksub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai “Mawla Amin” yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kira-kira dua tahun lalu lelaki yang digelar Mawla al-Amin itu pernah dibawa oleh para pengkutnya ke Pulau Pinang dan beliau turut dijemput untuk hadir bersama dalam satu majlis selawat nabi.

Pada mulanya beliau menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut, namun kemudian membatalkannya setelah meragui kesahihan bahawa dia adalah daripada keturunan Rasulullah berdasarkan maklumat diperoleh dari pelajar Malaysia di Maghribi yang tahu latar belakang individu berkenaan.

”Seseorang yang mengaku dirinya mempunyai nasab tersebut perlu diminta supaya mengemukakan dokumen yang sah daripada pihak berkuasa di negaranya seperti mahkamah, majlis agama Islam, atau persatuan ulama yang dikenali umum,” katanya. – 24 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related