◉ HEADLINES

Roxy Ixzy dinobat Juara Bintang RTM 2024

Beliau membawa pulang wang tunai RM78,000, satu simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini selain sebuah Proton Iriz

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berkat keunikan suara yang lunak dan merdu ketika mendendangkan lagu “A Woman’s Worth” (Alicia Keys) melayakkan Roxy Ixzy diangkat sebagai Juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan itu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri di sini, malam tadi.

Roxy Ixzy membawa pulang wang tunai RM78,000, satu simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini selain sebuah Proton Iriz.

Naib juara, Dhania dan tempat ketiga, Hady Huv masing-masing membawa pulang wang tunai RM35,000 dan RM20,000. 

Tempat keempat hingga keenam menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular, Jon yang telah menerima 75,000 “likes”, membawa pulang wang tunai RM10,000.

Hadiah-hadiah malam ini ditaja syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Dihoskan oleh pengacara tetap Bintang RTM 2024 Awal Ashaari dan Sissy Iman, pertandingan akhir ini menyaksikan Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.

Pertandingan pencarian bakat Bintang RTM 2024 kembali tahun ini selepas lima tahun direhatkan. 

Selama 50 tahun bertahan sejak 1973, pertandingan ini meneruskan legasi mencari dan mencungkil bakat dalam bidang nyanyian, dengan memperkenalkan 14 peserta terbaik seluruh negara.

Seramai 14 bakat muda terbaik dipilih oleh pihak penerbitan Bintang RTM 2024 dan mereka terdiri daripada peserta berusia antara 15 hingga 25 tahun. – 25 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related