◉ HEADLINES

Polis buka kertas siasatan ke atas blogger Murray Hunter libatkan isu 3R

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman telah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan keberadaan blogger berkenaan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang blogger warga Australia, Murray Hunter berkaitan isu melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu (3R).

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman telah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan keberadaan blogger berkenaan.

Sekurang kurangnya tiga laporan polis telah dibuat ke atas warga asing tersebut yang sering mengkritik kerajaan persekutuan dan negeri Selangor, dan sejak kebelakangan ini, menyerang institusi diraja.

Mengikut maklumat semasa, kata Razarudin, Murray kini berada di Bangkok, Thailand.

“Kita sudah membuka kertas siasatan berkait isu 3R,” katanya hari ini.

Razarudin menambah, berdasarkan siasatan, blogger itu juga sudah tidak lagi memasuki atau pulang ke Australia.

Notis Biru Interpol merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat, tentang orang yang menjadi perhatian.

Pada 31 Januari lalu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengeluarkan kenyataan memandang serius terhadap Murray yang melemparkan tohmahan ke atas Istana berkaitan projek Stadium Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman telah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa bagi mengesan keberadaan Hunter. – Alif Omar/Scoop, 2 Mac, 2024

Pusat Komunikasi Korporat UniMAP juga menegaskan bahawa Murray bukan lagi pensyarah universiti berkenaan dan telah ditamatkan perkhidmatan sejak 14 Ogos 2015.

UniMAP menambah ia memandang serius kenyataan Murray yang melibatkan isu agama, kaum dan kedudukan Raja-raja Melayu (3R).

“Sehubungan itu, pihak UniMAP ingin menegaskan bahawa penulis berkenaan yang dikenali sebagai Murray Hunter telah ditamatkan perkhidmatannya sejak 14 Ogos 2015 sebagai pensyarah universiti serta tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan universiti ini,” katanya.

Murray merupakan seorang rakyat Australia tetapi menetap di Hat Yai, Thailand.

Meskipun sudah tidak berkhidmat dengan universiti tersebut, namun blogger terbabit masih menggunakan jawatan sebagai Profesor Madya UniMAP di dalam profail Research Gate. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related