◉ HEADLINES

Pihak berkuasa Indonesia cari pesawat hilang di Kalimantan Utara

Pesawat dikendalikan oleh PT Smart Aviation itu dalam perjalanan menuju ke Krayan, Nunukan sebelum terputus hubungan 

5:04 PM MYT

 

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu sedang mempergiatkan usaha mencari sebuah pesawat Pilatus yang hilang di Kalimantan Utara ketika membawa barangan keperluan.

Pesawat dikendalikan oleh PT Smart Aviation itu dalam perjalanan menuju ke Krayan, Nunukan sebelum terputus hubungan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Juwata Tarakan pada 8.26 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Perkhidmatan trafik udara negara itu, Airnav tidak menerima maklumat terkini mengenai kedudukan pesawat pada 11.26 pagi, sebelum melaporkannya kepada Pejabat Mencari dan Menyelamat Tarakan (Basarnas).

“Operasi pencarian, termasuk dari udara oleh dua pesawat dari Long Bawan ke Binuang, tidak mendapati tanda-tanda pesawat hilang,” menurut ketua Basarnas Tarakan Syahril dalam satu kenyataan.

Basarnas Pusat kemudiannya berkongsi koordinat daripada pemancar pencari kecemasan pesawat untuk membantu dalam pencarian. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related