◉ HEADLINES

Tukang urut ‘seksi’ dicekup dalam serbuan 10 rumah urut di Bukit Bintang

Lapan premis beroperasi tanpa lesen sah, malah terdapat tukang urut wanita warga asing menawarkan khidmat urutan ‘ekstra’

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyerbu 10 rumah urut di sekitar Bukit Bintang di sini dan menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.

JSJ Bukit Aman memaklumkan serbuan semalam yang dijalankan bersama JSJ Kuala Lumpur itu bermula pada 3 petang hingga tengah malam membabitkan 11 pegawai dan 44 anggota polis ke atas premis urutan refleksologi melibatkan warga asing.

“JSJ menahan 48 wanita dan 21 lelaki warga asing serta dua wanita tempatan yang dipercayai berkerja sebagai tukang urut dan 10 pengurus atau penjaga premis berkenaan yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan tiga wanita warga asing.

“Kesemua premis itu didapati melakukan kesalahan menggajikan wanita dan lelaki warga asing tanpa sebarang permit sah yang dikesan berdiri di hadapan pintu premis sambil menawarkan khidmat urut kepada orang ramai dan pelancong asing yang lalu di hadapan premis terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut JSJ Bukit Aman, pemeriksaan lanjut mendapati lapan premis urutan itu beroperasi tanpa sebarang lesen perniagaan sah dan berkemungkinan terdapat pekerja urutan wanita warga asing yang berpakaian seksi turut menawarkan khidmat urutan ‘ekstra’ kepada pelanggan lelaki.

“Siasatan mendapati premis itu beroperasi dari 11 pagi hingga 4 pagi setiap hari dan menawarkan pakej urutan kaki dan badan dengan kadar bayaran RM60 hingga RM105 bagi setiap jam serta tambahan caj tertentu bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Kebanyakan tukang urut didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri semasa diperiksa malah terdapat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut,” katanya.

Polis turut memeriksa 10 pelanggan terdiri daripada masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing.

Operasi itu menyaksikan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM3,979 serta rakaman kamera litar tertutup, modem wifi, kertas jadual kerja tukang urut, risalah iklan, buku catatan hasil, minyak urut, tuala, tisu dan salinan lesen perniagaan.

Menurut JSJ Bukit Aman, semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related