◉ HEADLINES

Rizab LTAT negatif tak tepat, Khaled sedia jelaskan kepada PAC

Laporan Ketua Audit Negara 2022 hanya merujuk kepada satu tabung sedangkan LTAT mempunyai tiga tabung rizab dalam kedudukan positif

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekiranya dipanggil.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2022 yang membangkitkan mengenai perkara itu hanya merujuk kepada satu tabung sedangkan LTAT mempunyai tiga tabung rizab yang berada dalam kedudukan positif pada tahun berkenaan.

“Ada tiga tabung tetapi pihak audit merujuk kepada satu tabung…secara gabungan (tiga tabung) menunjukkan positif dan tahun ini juga positif. Bagi tahun 2023 juga positif kerana lebih kurang RM900 juta rizab LTAT, “ katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Rabu lalu menunjukkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).

Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini dilaporkan berkata, akan memanggil LTAT untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan kewangan lembaga itu selepas sambutan Aidifitri.

Khaled meraikan Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melibatkan 219 pelajar tamat penganjian, hari ini. – Gambar Facebook Khaled Nordin, 10 Mac, 2024

Dalam perkembangan lain, tujuh pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dihantar ke Korea Selatan sejak November lepas bagi memantau perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M.

Mohamed Khaled berkata, latihan untuk juruterbang bagi mengendalikan pesawat tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dan pesawat dijangka diperoleh pada hujung 2026 atau awal 2027.

“Mereka yang dihantar adalah juruterbang, jurutera dan logistik dan ini adalah proses biasa untuk kami hantar pasukan ke luar negara bagi menentukan pesawat yang dibeli dilaksanakan atau dipersiapkan dengan betul mengikut piawaian dan tempoh (yang sepatutnya),” katanya.

Pada pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa utama Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak RM4 bilion untuk pemerolehan18 pesawat pejuang ringan FA-50M.

Pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperoleh TUDM merupakan varian FA-50 Block 20 yang paling moden dan berkeupayaan, berbanding varian yang diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 buatan Korea Selatan itu, turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related