◉ HEADLINES

Charles puji keberanian Kate Middleton, titipkan doa kesembuhan

Charles sendiri menghidap kanser dan berikrar untuk bersama-sama dalam masa sukar itu

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kate Middleton, yang mengejutkan dunia dengan pendedahan menghidap kanser, mendapat simpati daripada seluruh dunia dengan rata-rata menyifatkan Princess of Wales itu seorang yang tabah dan kuat.

Turut menyatakan kekaguman di atas ketabahan itu ialah Raja Charles III yang bangga dengan kekuatan menantunya itu dalam menghadapi penyakit berkenaan.

“Raja Charles bangga dengan Catherine kerana keberaniannya bersuara,’’ kata jurucakap Istana berhubung pendedahan mengejutkan itu.

Charles sendiri menghidap kanser dan berikrar untuk bersama-sama dalam masa sukar itu.

Kate membuat pendedahan mengejut dan mengesahkan sedang menjalani kimoterapi pencegahan selepas ujian yang dilakukan setelah menjalani pembedahan abdomen pada Januari lalu mengesan kehadiran kanser.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih, secara peribadi, untuk semua sokongan dan pemahaman yang ditunjukkan semua ketika saya menjalani pemulihan daripada pembedahan.

“Ia merupakan bulan-bulan yang sukar bagi seluruh keluarga, namun saya mempunyai pasukan perubatan yang hebat yang menjaga saya, dan saya menghargainya,’’ kata Kate dalam klip video.

Kate turut menyatakan suaminya, Putera William sebagai sumber inspirasi yang memberikan semangat kepadanya.

Pada Februari, Buckingham Palace mengesahkan Charles menghidap kanser, seminggu selepas keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.

Turut mengirim doa ialah Harry dan Meghan, yang mendoakan Kate ‘diberikan kesembuhan’.

‘Kami mendoakan kesihatan dan penyembuhan untuk Kate dan keluarga,’’ kata pasangan itu dalam satu kenyataan ringkas kepada Harper’s Bazaar.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada Harry akan kembali ke United Kingdom (UK) seperti yang dilakukannya selepas Raja Charles disahkan menghidap kanser sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Kate malam tadi, difahamkan selepas timbul pelbagai spekulasi di media sosial mengenai tahap kesihatan dan keberadaannya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related