◉ HEADLINES

Peringati Nuzul al-Quran, manfaat ruang yang ada tekuni kupasan, tafsir al-Quran: PM

Penghayatan mesej hikmah al-Quran akan mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa, berakhlak mulia, adil dan sederhana dalam segenap perkara

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memanfaatkan ruang yang ada menekuni kupasan dan tafsir al-Quran.

Perdana Menteri berkata, memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah.

“Kita dituntut memperbanyak tilawatul Quran pada setiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala, namun ia tidak harus terhenti sekadar itu.

“Umat juga dituntut untuk bertadabbur memahami seruan dan gesaan Qurani yang hakikatnya sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, penghayatan mesej hikmah al-Quran akan mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa, berakhlak mulia, adil dan sederhana dalam segenap perkara.

“Ibrah yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

“Tiap mauduk perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda al-Kahfi atau kisah Nabi Allah Yusuf AS, kesemuanya sarat dengan roh perjuangan dan iktibar yang mendalam,” katanya.

Tambahnya, menekuni setiap ayat bagai menggenggam cahaya obor yang menyoroti kejadian dan menerangi jalan ke hadapan.

“Meski di akhirnya kita hanya berhasil meneguk setitis air dari lautan luas hikmah kebijkasanaan al-Quran, namun Allah SWT tidak pernah memberati hamba-Nya.

“Oleh itu cukup buat melunasi bahagian penting dari kehidupan kita sebagai manusia dalam bahtera kehidupan ini.

“Moga perdampingan kita dengan al-Quran menjadi penyuluh hidup di dunia dan pembelaan di akhirat kelak. Selamat memperingati peristiwa Nuzul al-Quran,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related