◉ HEADLINES

Kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand: Dua pelajar Malaysia terkorban

Tiga lagi cedera dan diterbangkan ke Hospital Christchurch, untuk mendapatkan rawatan segera

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Malaysia terkorban manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand.

Kementerian Luar Negeri berkata, kejadian berlaku pada jam 1.45 petang tadi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).

“Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga orang lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington seperti berikut: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, 10 Washington Avenue, Brooklyn, PO Box 9422, Wellington; Telefon: +64-4-3852439 / +64-210440188 (untuk kecemasan) atau e-mel: mwwellington@kln.gov.my.

Dalam pada itu polis New Zealand memaklumkan, kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di antara Hayman Road dan Tekapo Canal Road.

Selain dua pelajar terbabit, seorang lagi mangsa yang juga penunggang motosikal terbabit, turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Scoop sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti pelajar berkenaan. – 30 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related