◉ HEADLINES

Tanah milik keluarga Amar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula: Amirudin

Ammar sebelum ini menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung geran tanah milik keluarganya dikeluarkan kepada orang lain secara tidak sah

10:20 PM MYT

 

SHAH ALAM — Status tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih yang dipindah milik kepada orang lain tanpa pengetahuan telah diratifikasi semula, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.

“Saya belum dapat laporan rasmi berhubung perkara itu tetapi berdasarkan maklumat yang saya dapat, tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin itu sudah diratifikasi kembali.

“Saya tegaskan bahawa ini bukan kes pertama kali dan kebanyakan kes yang berlaku adalah disebakan perekodan yang dibuat secara manual sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) di sini hari ini.

Amar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.

Pelakon berkenaan turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.

Amirudin berkata beliau yakin kes melibatkan keluarga pelakon terbabit dapat ditangani dengan baik dan pihaknya akan memaklumkan kepada Amar Baharin berhubung status tanah itu yang telah diratifikasi kembali.

Menurutnya dalam tempoh 10 tahun beliau bergelar Exco hingga menjadi menteri besar, terdapat lebih lima kes yang serupa berlaku iaitu tanah yang sudah dimiliki secara sah, diberikan kepada orang lain.

Beliau berkata disebabkan isu pertukaran hak milik tanah yang berlaku itu kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang besar.

“… tetapi dengan sistem pemilikan e-tanah yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang, kita percaya kes-kes seperti ini dapat dielakkan ataupun boleh ditangani di peringkat awal,” katanya. – 8 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related