◉ HEADLINES

Tindakan Sada minta penduduk simpan air bukti status masalah air ‘selesai’ masih jauh: Umno

Sada sebelum ini menyarankan pengguna air di Kedah melakukan persediaan awal menyimpan air bagi mengurangkan risiko gangguan serta terputus bekalan air

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd. (Sada) sepatutnya mempunyai pelan jangkamasa sederhana untuk berdepan dengan isu kekurangan air pada musim perayaan, bukan meminta pengguna menyimpan air selama dua hari bagi menghadapi Hari Raya Aidiladha.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin ketika dihubungi Scoop bagi mengulas mengenai perkembangan semasa isu air di negeri berkenaan berkata, saranan menyimpan air itu tidak harus dijadikan sebagai kebiasaan atau Prosedur Operasi Prosedur (SOP) kepada tetap syarikat berkenaan.

Beliau memberitahu, ketiadaan fokus dan perancangan jangka masa pendek adalah masalah utama yang membuktikan Sada masih dalam suasana ‘business as usual’ atau perniagaan seperti biasa, meskipun Kedah berada dalam keadaan ‘bencana’ yang sangat memerlukan perhatian.

Jelasnya, tindakan Sada yang mengarah penduduk menyimpan air ini bukti krisis air masih jauh dari status ‘selesai’ malah ia gagal ditangani oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi, katanya dengan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menawarkan untuk menjual air bersih kepada Pulau Pinang, baru-baru ini seolah-olah mempersendakan penderitaan rakyat.

“Tindakan Menteri Besar yang seolah-olah mempersendakan penderitaan rakyat menggunakan pentas ceramah di PRK DUN Sungai Bakap baru-baru ini di mana beliau menawarkan untuk menjual air kepada Pulau Pinang sangat tidak boleh diterima.

“Dalam keadaan lebih daripada satu juta rakyat terkesan dgn ‘bencana’ ini, kehadiran “cuit-tan” ataupun senda politik ini adalah sesuatu yang dangkal dan menghina,’’ katanya kepada Scoop.

Sanusi juga menyatakan tawaran menjual air itu bukan omong kosong tapi berdasarkan fakta setelah projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu, dekat Alor Setar siap pada September ini.

Dalam pada itu, Sada menyarankan penduduk di Kedah menyimpan air yang secukupnya selama dua hari sebagai persediaan menghadapi perayaan Hari Raya Aidiladha.

Ia juga susulan jangkaan pertambahan air oleh pengguna di seluruh negeri Kedah.

“Sada menyarankan pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air sekurang-kurangnya untuk kegunaan selama dua hari dan menggunakannya secara berhemah bagi mengurangkan risiko gangguan serta terputus bekalan air,’’ katanya.

Sementara pada 12 Jun lalu, 55 kawasan di Langkawi mengalami gangguan bekalan air akibat henti tugas operasi Loji Rawatan Air Padang Saga Fasa 2 dan pengurangan operasi Loji Rawatan Air Padang Saga Fasa 3 disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penyelenggaraan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). – 16 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related