◉ HEADLINES

Kerajaan tidak tarik subsidi diesel, sebaliknya disasarkan

Setiap suku tahun, stesen minyak memohon kuota tambahan dan analisis data menunjukkan sebenarnya keperluan tidak sepatutnya setinggi itu

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa Kerajaan tidak menarik subsidi diesel, sebaliknya subsidi dahulu yang dinikmati secara pukal telah disasarkan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin berkata, kira-kira 1.4 juta kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia dan 23 jenis kenderaan barangan pengangkutan darat barangan serta 10 jenis kenderaan pengangkutan awam darat, layak menerima diesel subsidi.

“Ada pemilik kenderaan daripada golongan perseorangan, walaupun tidak disasarkan subsidi diesel itu melalui kaedah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu pemberian feleetcard, tapi ada kaedah lain iaitu Budi Madani.

“Selepas tolak T20, lingkungan 300,000 kenderaan yang merupakan pemilik daripada peniaga kecil yang akan menerima RM200 dan Budi Madani Agri-Komoditi. Kesemuanya, kerajaan seboleh mungkin bawa kesemua yang layak untuk disasarkan oleh SKDS 2.0 dan bantuan tunai yang menikmati diesel RM2.15,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Roziah berkata, pada 2019, RM1.4 bilion dibelanjakan untuk subsidi, RM20 bilion pada 2022 dan RM14.3 bilion pada 2023.

“Kenderaan diesel ini bilangan peningkatan hanya kurang daripada tiga peratus, persoalannya siapa yang menggunakan diesel? Itu yang kita katakan ada kelompok yang dipanggil channel switching, selama ini menikmati atau membeli pada harga komersial disebabkan perbezaan harga itu, daripada harga pasaran RM3.50 hingga RM3.60 masa itu, siapa yang tidak tertarik untuk beli pada harga RM2.15.

“Data menunjukkan berlaku ketirisan. Setiap suku tahun, kita dapati stesen minyak memohon kuota tambahan. Analisis data menunjukkan sebenarnya keperluan tidak sepatutnya setinggi itu,” katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam, lebih 180,000 dari 223,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah SKDS 2.0, dan menyeru agar pemilik kenderaan tersebut segera membuat permohonan bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, KPDN merampas hampir 12 juta liter diesel melalui Op Tiris 1.0, yang dilaksanakan sejak 1 Mac 2023.

“Jumlah agak besar melibatkan pelbagai pihak yang didalangi oleh orang tempatan dan warga asing. Kita harap keberkesanannya agar boleh dinikmati pembayar cukai selain dapat menambah baik ruang fiskal negara ke arah lebih baik.

“Selain itu, sebanyak 210 notis dikeluarkan kepada peniaga dalam sektor membekalkan perkhidmaan dan harga barangan. Ada pihak yang menggunakan konotasi 56% kenaikan diesel untuk mereka menaikkan 56% harga barang dan perkhidmatan, yang ini kami nak pesan awas, kerana kami akan sampai,” katanya. – 22 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related