◉ HEADLINES

Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial

Ia susulan aduan diterima oleh MCMC terhadap pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak beserta kapsyen bersifat jelik

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lepas berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, rakaman percakapan itu susulan aduan diterima oleh pihak suruhanjaya terhadap pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak beserta kapsyen bersifat jelik.

“Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada suspek mengikut prosedur ditetapkan dan satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai miliknya yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan telah disita bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan denda lanjutan RM1,000 bagu setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika sabit kesalahan.

Kenyataan itu menyebut seksyen berkenaan melarang penghantaran komunikasi melalui kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

MCMC mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada sebelum memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan terutama yang melibatkan kanak-kanak.

Suruhanjaya itu komited dalam usaha meningkatkan kesedaran bagi melindungi keselamatan kanak-kanak melalui kerjasama dengan pelbagai pihak selain memastikan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat dengan salah laku terhadap golongan tersebut. – 23 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related