◉ HEADLINES

Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Akaun keldai adalah akaun bank individu mangsa yang digunakan penjenayah untuk menyembunyikan aktiviti haram mereka

9:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Status penggubalan perundangan berkaitan ‘akaun keldai’ antara isu yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. 

Rayer meminta perincian mengenai status penggubalan perundangan berkenaan serta bagaimana perundangan itu dapat menangani peningkatan kes penipuan kewangan dalam talian yang membimbangkan berikutan perkembangan teknologi moden.

Akaun keldai adalah akaun bank individu mangsa yang digunakan penjenayah untuk menyembunyikan aktiviti haram mereka. 

Pada sesi sama, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sekiranya terdapat cadangan untuk menaikkan had nilai kerja bagi kontraktor G1 daripada RM200,000 kepada RM250,000 atau RM300,000 memandangkan harga barang yang semakin meningkat dan G2 boleh dinaikkan kepada RM600,000.

Sementara itu, pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Yeo Bee Yin (PH-Puchong) meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kes kanser baharu dari 2020 hingga 2023 serta tindakan untuk meningkatkan saringan kanser payu dara, kolon, serviks dan ovari dalam kalangan wanita selain saringan kanser paru-paru, kolon, prostat, nasofarinks dan hati dalam kalangan lelaki.

Turut menjadi tumpuan persediaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam menghadapi situasi ketidaktentuan iklim pada masa kini yang akan dibangkitkan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam). 

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 serta Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – 4 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related