◉ HEADLINES

Notis Merah Interpol Jho Low masih berkuat kuasa: Polis Singapura

Kira-kira S$164 juta aset berkaitan 1MDB di Singapura kekal dirampas atau dilarang daripada melupuskan

9:50 PM MYT

 

SINGAPURA – Notis Merah Interpol terhadap ahli perniagaan dalam buruan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low, yang diterbitkan atas permintaan Singapura pada Oktober 2016, masih berkuat kuasa.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dan Jho Low serta keluarganya pada 26 Jun, untuk tindakan pelucuthakan sivil yang dimulakan oleh DOJ terhadap mereka, tidak mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah polis terhadap Jho Low dan rakan-rakannya.

“Notis Merah Interpol kami terhadapnya kekal berkuat kuasa,” kata SPF dalam satu kenyataan pada Selasa, sebagai respons kepada pertanyaan media.

Setakat ini, pihak berkuasa Singapura telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan kira-kira S$103 juta (S$1=RM3.48) wang berkaitan 1MDB yang dirampas kepada kerajaan Malaysia.

Kira-kira S$164 juta aset berkaitan 1MDB di Singapura kekal dirampas atau dilarang daripada melupuskan, termasuk kira-kira S$101 juta yang dikaitkan dengan Jho Low dan keluarganya.

“Polis, bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara, sedang bekerjasama dengan rakan sejawat asing kami untuk memulangkan aset ini kepada Malaysia mengikut terma perjanjian penyelesaian antara Jho Low dan ahli keluarganya dan DOJ AS, dan mengikut undang-undang kami,” katanya. – 16 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related