◉ HEADLINES

Pindaan Akta Audit 1957 pacu tadbir urus lebih baik, tingkat keyakinan pelabur: Industri Audit

Pindaan itu juga menyaksikan peluasan kuasa AG untuk mengaudit akaun mana-mana badan kerajaan, termasuk syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa tokoh utama industri audit menyokong pindaan Akta Audit 1957 baru-baru ini, yang diluluskan Dewan Negara, dengan berkata ia akan meningkatkan tadbir urus negara dan akauntabiliti dalam sektor awam.

Menurut Philip Rao, rakan kongsi dengan salah satu firma perakaunan terkemuka negara, Ernst & Young Malaysia, kelulusan pindaan oleh Parlimen pada 3 Julai lalu sebelum diluluskan oleh Dewan Negara pada 24 Julai menandakan “era baharu” dalam rangka kerja tadbir urus Putrajaya.

Rakan kongsi salah sebuah firma perakaunan terkemuka negara, Ernst & Young Malaysia, Philip Rao. – Gambar YA, 26 Julai, 2024

“Memperkasakan peranan Ketua Audit Negara (AG) adalah langkah kritikal dalam memperkukuh integriti dan kebolehpercayaan sistem pengurusan kewangan awam kami.

“Dengan memodenkan akta itu, kami lebih bersedia untuk menangani cabaran kontemporari dan memastikan proses audit adalah berkesan dan berpandangan ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Scoop.

Philip, juruaudit dalaman bertauliah dengan pengalaman lebih 30 tahun berkaitan pengurusan risiko, transformasi perniagaan dan penglibatan kewangan korporat dalam pelbagai industri berkata, pelaksanaan pindaan itu adalah kunci untuk memastikan amalan audit lebih baik.

“Cara pindaan kepada akta itu berkuat kuasa akan membolehkan langkah besar dalam meningkatkan tadbir urus dan akauntabiliti sektor awam.

“Kami menjangkakan keyakinan pelabur yang positif apabila Malaysia bergerak ke hadapan dalam perkara ini,” katanya.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. – Gambar Facebook, 26 Julai, 2024

Senada dengan Rao berhubung perkara itu, Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan pasukannya atas kejayaan penting meminda akta tersebut selepas 33 tahun.

“Pindaan itu penting kerana ia meluaskan skop dan tugas AG, yang akan membawa kepada lebih penelitian terhadap hal ehwal kewangan dan operasi dana awam, (dengan itu) memberikan jaminan kepada pembayar cukai dan pihak berkepentingan bahawa dana dan jaminan awam sedang digunakan dalam cara yang bertanggungjawab dan telus.

“Memandangkan pindaan terakhir kepada akta itu adalah pada 1991, pindaan ini adalah tepat pada masanya dan penting untuk menangani keperluan semasa tadbir urus dan pengauditan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

IIAM juga menyatakan keyakinan terhadap pindaan itu yang membuka jalan bagi rangka kerja tadbir urus lebih teguh dan berdaya tahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Presiden IIAM, Mohd Khaidzir Shahari. – Gambar IIAM, 26 Julai, 2024

Sementara itu, Presiden IIAM, Mohd Khaidzir Shahari dipetik sebagai berkata, pindaan itu dijangka memberi kesan positif kepada sistem pengurusan kewangan awam negara.

Dengan kelulusan pindaan itu, Jabatan Audit Negara kini boleh mengaudit akaun mana-mana syarikat yang menerima jaminan kewangan daripada kerajaan Persekutuan atau negeri.

Pindaan itu, katanya dalam satu kenyataan semalam, akan menambah baik skop pengauditan dan pengurusan wang awam di samping memastikan syor audit mendapat perhatian serius dan tindakan wajar daripada semua pihak.

Ini termasuklah kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan mana-mana entiti yang menerima dana awam.

Pindaan itu juga menyaksikan peluasan kuasa AG untuk mengaudit akaun mana-mana badan kerajaan, termasuk syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, yang menerima jaminan kewangan daripada pihak berkuasa Persekutuan atau negeri.

AG juga akan diberi kuasa untuk mengeluarkan garis panduan bagi pelaksanaan akta itu, mengesyorkan kaedah untuk menangani penyelewengan serius dalam pengendalian dana awam dan menjalankan audit susulan ke atas tindakan yang diambil sebagai tindak balas kepada isu yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua dewan, rang undang-undang (RUU) pindaan itu kini perlu mendapat perkenan diraja sebelum akta yang dipinda itu boleh diwartakan. – 26 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related