◉ HEADLINES

Perdana Menteri mahu badan berkanun lebih telus, elak langgar tatakelola

Walaupun secara keseluruhan prestasi badan berkanun persekutuan agak membanggakan, namun terdapat ruang yang boleh diperbaiki bagi memastikan penubuhannnya tidak menyimpang daripada matlamat asal

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu badan berkanun persekutuan melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus dengan melihat semula struktur dan visi penubuhan masing-masing serta mengelak daripada melakukan tindakan yang melanggar tatakelola.

Beliau berkata, walaupun secara keseluruhannya prestasi badan berkanun persekutuan agak membanggakan, namun terdapat ruang yang boleh diperbaiki bagi memastikan penubuhannnya tidak menyimpang daripada matlamat asal.

Beliau memberi contoh berdasarkan laporan yang diterima daripada Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terdapat sebuah agensi yang sepatutnya menolong orang miskin, sebaliknya menubuhkan 79 anak syarikat yang tiada kena mengena dengan tujuan asal penubuhannya.

“Daripada 79 anak syarikat ini, lebih 50 mengikut laporan Datuk Seri Ahmad Zahid, yang buat kajian, (laporan) sampai kepada beliau, mengalami kerugian tetapi pengerusi lembaga dapat elaun tetap.

“Jadi maknanya kalau pengerusi lembaga dapat elaun RM5,000 atau RM1,000, semua 79 syarikat juga dipengerusikan beliau (pengerusi lembaga) akhirnya dia dapat RM79,000 sebulan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini hari ini.

Perdana Menteri yang meluahkan rasa hairan mengapa perkara itu berlaku berkata, ada pihak yang mengatakan ia berlaku kerana pengerusi lembaga syarikat itu dilantik dari kalangan ahli politik, bagaimanapun katanya pelanggaran tatakelola boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Tidak benar, kerana yang profesional pun begitu juga, dia boleh jadi professional cheaters, ini kaedah dan tatakelola, ada penjawat awam yang melanggar tatakeola, ada orang politik juga sama, ada juga pengurusan.

“Kita lantik – baik orang politik, pengurus profesional atau penjawat awam, asalkan dia ikut peraturan dan dipantau lebih teliti terutamanya oleh wakil Kementerian Kewangan dan Ketua Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya

Sehubungan itu beliau mahu supaya SPRM serta Ketua Audit Negara lebih tegas dan ‘menerobos’ secara menyeluruh ke semua agensi dan badan berkanun persekutuan bagi mengelak berlakunya pelanggaran tatakelola dan rasuah.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji untuk memberi tambahan peruntukan bagi memperluas mekanisme pemantauan audit, mencakupi semua peringkat iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan operasi agensi atau badan berkanun pada masa depan lebih telus serta mengelak daripada berlakunya rasuah dan tindakan mengaut keuntungan semata-mata. 

“Agensi-agensi ini penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi, terutama pada peringkat awal untuk bantu Bumiputera, tetapi pelanggaran peraturan dan kecenderungan untuk mengaut keuntungan berlebihan menyebabkan hak dan kepentingan Bumiputera dikhianati, ini kita bimbang,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP), iaitu instrumen dan rangka ekosistem tatakelola berkaitan BBP.

Ia antara lain turut memberi penekanan kepada pemerkasaan peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat BBP, termasuk syarikat dan perbadanan di bawah BBP.

Turut hadir pada program itu adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Hadir sama adalah Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azman Ibrahim. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related