◉ HEADLINES

MCMC siasat pelajar IPTA jual video lucah sendiri, raih pendapatan RM3,000 sebulan

Kegiatan suspek bermula dari 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain ke platform X sebelum berubah kepada memuat naik adegan sendiri

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disiasat kerana disyaki menjual kandungan video lucah adegan sendiri di aplikasi X.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata, pelajar lelaki berkenaan meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video.

“Siasatan awal MCMC mendapati, kegiatan suspek bermula dari 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain ke platform X.

“Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, sehingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform tersebut,” katanya.

MCMC memaklumkan, kegiatan pelajar berkenaan terbongkar selepas pihaknya membuat risikan berdasarkan aduan awam sebelum menyerbu sebuah premis di Shah Alam.

“Hasil daripada operasi tersebut, MCMC telah menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut,” katanya.

Tambahnya, pelajar terbabit bersama seorang wanita yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta juga telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali. -14 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

◉ Related