◉ HEADLINES

PDRM kutip hampir RM10 juta bayaran saman tertunggak sepanjang 3 hari program 2TM

Seramai 32,500 individu menyelesaikan saman dengan kadar diskaun sebanyak 60% berjumlah RM9.13 juta

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip hampir RM10 juta bayaran saman tertunggak sepanjang tiga hari penganjuran Program 2 Tahun Bersama Kerajaan Madani (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 32,500 individu menyelesaikan saman dengan kadar diskaun sebanyak 60% berjumlah RM9.13 juta.

“Bagi tempoh tiga hari bermula 22 hingga 24 November lalu, sebanyak 103,590 saman berjumlah RM9.13 juta dijelaskan melalui saluran yang disediakan di kaunter secara tunai dan e-payment, juga melalui baucer yang diselesaikan melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM.

“Antara kesalahan tertinggi ialah memandu laju, mengabai isyarat lalu lintas dan halangan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak JSPT tidak menetapkan sasaran bagi penyelesaian saman, namun berbangga dengan kehadiran 32,500 pemilik saman yang mahu menyelesaikan saman tertunggak masing-masing dalam program itu.

“Jumlah kutipan saman bukan sebagai keutamaan JSPT sebaliknya, berbangga dengan jumlah penyelesaian saman yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran dan peranan orang ramai juga menunjukkan trend penyelesaian melalui platform secara atas talian ‘cashless’ (tanpa tunai).

“JSPT mengucapkan penghargaan terima kasih dan kerjasama kepada orang ramai yang hadir dalam menyelesaikan saman tertunggak bersempena 2TM.

“Jabatan ini menyarankan orang ramai tidak seharusnya menunggu tawaran diskaun diumumkan untuk menjelaskan saman-saman yang diterima kerana tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – 25 November

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related