◉ HEADLINES

‘Saya pernah dikritik, dilabel musuh Islam,’ kata Tengku Maimun

Beliau yang bakal bersara Julai ini berharap mereka yang bertanggungjawab melantik hakim mengingati komitmen terhadap sumpah dan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan

11:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkongsi kisah bagaimana beliau pernah dikritik, difitnah dan dilabel sebagai tidak Islamik atau musuh Islam sepanjang perkhidmatannya.

Malah, kata beliau, suaminya juga pernah digunakan untuk menentangnya dalam beberapa kes mahkamah, untuk menolak dan memalukan beliau serta rakan hakim lain.

“Saya bangun setiap hari berdoa dan berharap agar Allah menerima ibadah dan amalan saya.

“Oleh itu, saya tidak akan merendahkan diri saya ke tahap serangan yang tidak berasas ini.

“Saya berdiri teguh dengan apa yang saya lakukan sebagai Hakim dan Ketua Hakim Negara dan saya akan terus mempercayai apa yang betul.

“Para ‘spin doctor’, penentang dan pengkritik boleh mengatakan apa yang mereka mahu dan mengubah sesuatu yang mulia menjadi fitnah Islam. Tetapi pada akhirnya, saya berpegang teguh kepada perintah Allah seperti yang termaktub dalam Al Quran,’’ katanya ketika berucap pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025, di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang kini menghampiri penghujung tempoh perkhidmatannya pada Julai ini turut melahirkan harapan agar mereka yang bertanggungjawab bagi pelantikan hakim akan mengingati komitmen terhadap sumpah dan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, akan terus berpegang kepada komitmen berkaitan pelantikan hakim yang adil, bebas dan tidak tercemar.

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2019 dan dijadual bersara wajib pada usia 66 tahun, 2 Julai ini.

Bagaimanapun perkhidmatan Tengku Maimun boleh dilanjutkan enam bulan lagi jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Tengku Maimun turut melahirkan rasa lega dan yakin bahawa beliau akan meninggalkan badan kehakiman dalam keadaan yang lebih baik berbanding ketika mula-mula memegang tampuk pemerintahan.

“Saya tidak sabar untuk bersara, dengan peluang untuk meluangkan lebih banyak masa dengan cucu saya dan mendalami lagi hubungan saya dengan keimanan,” katanya. – 8 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related