◉ HEADLINES

PM harap kejadian lelaki OKU dipukul tidak berulang: Setiausaha Politik

Azman berkata, Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia mengambil pengajaran daripada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu

7:23 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kejadian lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman, Jumaat lepas, tidak berulang.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata Anwar juga berharap rakyat Malaysia mengambil pengajaran daripada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

“Apa yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat Perdana Menteri apabila berlaku kejadian itu adalah ia (seolah-olah) mencerminkan masyarakat kita. Pertamanya, kita hanya melihat orang kena pukul, kemudian yang lebih menyedihkan apabila seorang OKU itu dipukul di khalayak ramai. Jadi kita tak nak itu mencerminkan masyarakat kita.

“Tak sepatutnya berlaku perkara itu. Orang Melayu ini orang yang sabar jadi apabila jadi macam itu ia menunjukkan bahawa ada masalah kepada masyarakat kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ahmad Nor Al Faizan di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku apabila terdapat segelintir individu yang tidak mempunyai kesabaran dan mengambil tindakan sendiri.

Azman meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Ahmad Nor Al Faizan dan berkata keadaan lelaki OKU mental itu kini stabil meskipun mengalami luka-luka dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam tempoh sehari atau dua hari lagi.

Sebelum ini tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa berumur 47 tahun menunggang motosikal dan memasuki tapak jualan pasar tani lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan makanan jualan di gerai tersebut terjatuh.

Setakat ini seramai enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – 21 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related