◉ HEADLINES

Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog Asean

Perdana Menteri berbincang dengan Kementerian Luar untuk membawa cadangan ini ke peringkat pemimpin Asean bagi pertimbangan lanjut

7:35 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia, selaku pengerusi Asean mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.  

Membuka ruang untuk penyertaan Turkiye, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya pada Selasa berkata, Malaysia menyokong penuh peluasan hubungan Asean dengan pemain global utama.  

“Turkiye juga wajar dipertimbangkan sebagai rakan dialog,” kata Anwar, sambil menekankan bahawa Asean sudah menjalin hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU), Kanada, New Zealand, Australia, China dan India antara lain sebagai rakan dialog.  

Anwar berkata bahawa beliau berbincang dengan Kementerian Luar untuk membawa cadangan ini ke peringkat pemimpin Asean bagi pertimbangan lanjut.  

Asean kini terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.  

Dalam kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia, Malaysia mengalu-alukan permohonan Turkiye untuk menjadi Rakan Dialog Asean serta penglibatannya dalam mekanisme pertahanan serantau.  

Kenyataan itu turut mengesahkan sokongan Malaysia terhadap bidaan Turkiye dalam Program Pemerhatian Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus bagi tempoh 2024-2027.  

Selain itu, Malaysia turut menghargai sokongan Turkiye terhadap pemusatan Asean serta komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dengan rantau ini, menurut kenyataan itu. – 11 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

CSA pendekatan Dajjal akhir zaman, kuasa bukan lagi amanah yang wajib ditunaikan: Hadi

Menerusi tulisan dalam Minda Presiden PAS, Abdul Hadi berkata mana-mana parti yang menjadi kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu

◉ Related