◉ HEADLINES

Tiada lagi lantikan politik: Duta Malaysia baharu ke AS seorang diplomat kerjaya, kata Tok Mat

AS tiada bantahan ke atas calon yang sedang menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Duta baharu Malaysia ke Amerika Syarikat adalah diplomat kerjaya dan bukannya ahli politik seperti yang berlaku pada pelantikan sebelum ini.

Wisma Putra dijangka mempunyai wakil Putrajaya di Washington DC bulan depan selepas calon terbabit mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pelantikan baharu itu akan menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz yang akan menamatkan penggalnya selama dua tahun awal bulan ini.

“Calon itu ialah seseorang yang berpengalaman luas dalam diplomasi serta rundingan pelbagai hala,” katanya ketika menghadiri Program Santai Teh Tarik anjuran Kelab Concorde hari ini.

Mohamad berkata, AS telah dimaklumkan mengenai calon berkenaan dan Jabatan Negara tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.

Jawatan duta di Washington DC akan kosong selama kira-kira sebulan berikutan berakhirnya penggal Nazri awal bulan ini.

Nazri adalah duta lantikan politik, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji bahawa beliau tidak akan melantik seorang ahli politik untuk jawatan itu.

Terdapat spekulasi bahawa calon itu mungkin seorang diplomat bersara yang tidak lagi berkhidmat.

Nazri adalah salah seorang daripada siri ahli politik yang dilantik sebagai duta sejak kebelakangan ini, termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan Datuk Seri Awang Adek Hussin dan Tan Sri Zulhasnam Rafique, semuanya daripada Umno.

Duta pertama Malaysia ke AS ialah Tun Dr Ismail, dan ahli politik lain termasuk Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin, Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari dan veteran MCA, mendiang Datuk Lew Sip Hon. – 24 Februari 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related