◉ HEADLINES

Kerjasama Bersatu-Umno ‘sudah terlalu lewat’: Ahli MKT Umno

'Jika dalam kalangan ahli Bersatu sendiri tidak 'bersatu' bagaimana mahu menyatukan orang Melayu,' soal Othman Desa

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ajakan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk parti itu dan Umno kembali menjalin kerjasama demi perpaduan orang Melayu dianggap sudah terlambat.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Othman Desa berkata, sepatutnya Bersatu dibubarkan dengan ahlinya kembali kepada Umno jika mereka mahu melihat orang Melayu bersatu.

Namun, kata pengerusi veteran Umno itu, jika dalam kalangan ahli parti Bersatu sendiri tidak ‘bersatu’ dan berpecah, bagaimana pemimpinnya mahu menyatukan parti-parti lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Othman Desa berkata Bersatu sepatutnya dibubarkan dan ahlinya sertai semula Umno. – Gambar fail, 24 Mac, 2025

“Kalau betul-betul nak menyatukan orang Melayu, Bersatu sepatutnya tidak perlu wujud, ajakan ketua pembangkang untuk orang Melayu bersatu itu dah terlalu lewat.

“Umno lahir atas dasar penyatuan kalangan orang Melayu, parti-parti dan NGO Melayu, kalau kerana isu parti, makanya (kerjasama) tidak perlu.

“Masih ingatkah Semangat 46 Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) marah ketika itu, keluar Umno dan tubuhkan Semangat 46. Akhirnya kemana ahli Semangat 46…semua masuk kembali ke Umno.

“Maka saya menyarankan jika hendak orang Melayu bersatu, salah satunya bubar Bersatu, kembali kepada Umno,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Hamzah bahawa Bersatu bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Umno demi mencapai matlamat perjuangan politik.

Menurut Hamzah, tiada sebab bagi Umno dan Bersatu untuk terus berpecah jika kedua-dua parti itu berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama.

Hamzah berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejab yang diterbitkan Jumaat lalu.

Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata kerjasama perpaduan berjalan baik meskipun ada perbezaan kecil dalam beberapa isu. – Gambar fail Bernama, 24 Mac, 2025

Sementara itu, seorang lagi ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, peranan Umno dalam Kerajaan Perpaduan dihargai serta tidak diketepikan oleh rakan parti lain.

“Kerjasama dalam kerajaan perpaduan itu berjalan baik walaupun ada perbezaan kecil dalam beberapa isu.

“Bersatu kena tunggu dan perlu bersabar, jika wujud masalah Umno-PH (Pakatan Harapan) maka barulah kerjasama dengan Bersatu difikirkan semula.

“Ketika ini Umno selesa bekerjasama dengan PH, peranan Umno dihargai dan tidak berlaku tikam belakang untuk menguburkan Umno…memang wujud perbezaan tetapi tak sampai diketepikan,” katanya. – 24 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related