◉ HEADLINES

JPJ keluar 61,317 notis kesalahan sepanjang Operasi Khas HRA 2025

Ketua Pengarah JPJ berkata jumlah itu hasil pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan ‘hotspot’ seluruh negara dengan 511 kenderaan disita

12:24 PM MYT

 

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) tahun ini di seluruh negara bermula 24 Mac hingga tengah malam tadi. 

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata jumlah itu hasil pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan ‘hotspot’ seluruh negara dengan 511 kenderaan disita.

Beliau berkata notis melibatkan kenderaan dan pemandu terbabit dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Anta 333).

“Sepanjang tempoh operasi ini JPJ juga menerima 6,687 aduan berbentuk gambar dan video berkaitan kesalahan lalu lintas menerusi Aplikasi MyJPJ.

“Tiga kesalahan utama yang tertinggi adalah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843).

“Kita sudah mengambil tindakan hasil aduan berkenaan, termasuk mengeluarkan Notis 114 terhadap pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media penutup Operasi Khas HRA 2025 di Plaza Tol Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah Shah Alam di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata JPJ turut melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan pengangkutan awam meliputi 12,732 bas di 54 depoh serta 28 terminal utama seluruh negara.

Beliau berkata sebanyak 1,294 notis dikeluarkan iaitu 366 daripadanya melalui penguatkuasaan secara penyamaran di dalam bas.

“Melalui penyamaran ini, kita mengesan pelbagai kesalahan dilakukan pemandu, antaranya menggunakan telefon ketika memandu, tiada pemandu kedua melibatkan jarak perjalanan empat jam ke atas dan menggunakan laluan kanan berterusan,” katanya.

Aedy Fadly berkata JPJ turut mengeluarkan 163 notis dan menahan 124 kenderaan menerusi Penguatkuasaan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan (Road-Ban) sepanjang empat hari pelaksanaan pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April di bawah Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semua 124 kenderaan ini tidak boleh berada di atas jalan raya sehingga tempoh Road Ban selesai, iaitu selama 48 jam … ,” katanya. – 9 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related