◉ HEADLINES

Singapura bubar Parlimen, pilihan raya 3 Mei

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April, bakal menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen (AP) berbanding 93 AP sebelum ini

4:50 PM MYT

 

SINGAPURA – Singapura membubarkan Parlimennya pada Selasa, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.

Tarikh pengundian dijangka pada 3 Mei ini.

Ia akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Writ Pilihan Raya dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Presiden Tharman Shanmugaratnam, atas nasihat Perdana Menteri Lawrence Wong, telah membubarkan Parlimen pada Selasa, 15 April 2025,” menurut kenyataan PMO itu.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen (AP), meningkat berbanding 93 AP sebelum ini, selaras dengan cadangan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya.

Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang. – 15 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related