◉ HEADLINES

Malaysia dahulu, Melayu kemudian? Kit Siang soal Muhyiddin

Adakah Muhyiddin bersedia memimpin kempen yang menggesa semua rakyat Malaysia supaya melihat diri mereka sebagai warganegara terlebih dahulu dan etnik kemudian, soal Kit Siang

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan terbaharunya mengenai identiti nasional dan etnik.

Beliau berkata, sejak bila pemimpin utama pembangkang itu mengubah pendirian beliau terhadap rakyat Malaysia.

“Soalan pertama, bilakah beliau berubah daripada “Melayu dahulu, Malaysia kemudian” kepada “Malaysia dahulu, Melayu kemudian?”

“Soalan kedua, adakah beliau bersedia untuk memimpin satu kempen yang menggesa semua rakyat Malaysia supaya melihat diri mereka sebagai warganegara terlebih dahulu dan etnik kemudian?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Muhyiddin menegaskan beliau kini pemimpin yang mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia dan pandangan lamanya mengenai keutamaan identiti Melayu sudah tidak relevan lagi dalam konteks semasa.

Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin dalam Festival Perpaduan India di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam semalam, bekas perdana menteri itu menyatakan komitmen gabungannya untuk berlaku adil kepada semua kaum.

“Saya adalah orang Melayu Malaysia. Tapi, pemikiran saya tak pernah berfikir saya sebagai Melayu sahaja. Saya perlu mengambil kira orang Cina, India dan lain-lain. Sebab saya adalah pemimpin Malaysia.

“Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Pada tahun 2010, Kit Siang mencabar Muhyiddin untuk menyatakan sama ada dia melihat dirinya sebagai Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Sebagai jawapan, Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu berkata dia adalah Melayu dahulu, tetapi ini tidak bermaksud dia bukan rakyat Malaysia.

Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri menekankan perubahan retorik hanya bermakna sekiranya ia disusuli  tindakan dan dasar yang mencerminkan semangat perpaduan nasional.

Beliau berkata, kempen untuk memupuk identiti kebangsaan perlu diterajui oleh pemimpin berpengaruh agar mesej itu benar-benar meresap ke semua lapisan masyarakat. – 5 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related