◉ HEADLINES

SPRM beku aset isteri Daim elak dilupuskan: Azam Baki

Difahamkan aset tersebut merupakan sebahagian daripada harta bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bernilai RM2 bilion yang dikesan SPRM untuk dilucutkan kerana tidak diisytiharkan

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pembekuan harta milik Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarganya di luar negara berjumlah lebih RM750 juta dilakukan bagi mengelakkan ia dilupuskan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Difahamkan harta berkenaan merupakan sebahagian daripada harta Allahyarham Tun Daim Zainuddin bernilai RM2 bilion yang diintai agensi berkenaan untuk dilucutkan kerana tidak tidak diisytiharkan, lapor Berita Harian.

“Kita sudah memasukkan permohonan perintah sekatan di mahkamah bagi pembekuan aset di luar negara dan akan meneruskan siasatan bagi akaun-akaun yang sudah disita.

“Kita perlu membuat penyitaan bagi mengelak ia dilupuskan oleh pihak tertentu. Jika perintah sekatan tidak dibuat, besar kemungkinan harta-harta yang kita syak tidak diisytihar akan dilupuskan,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan SPRM membekukan tujuh hartanah dan satu akaun bank bernilai 132 juta pound Britain (RM758.2 juta) milik Na’imah dan keluarga.

Tiga kediaman mewah dan dua bangunan komersial di London antara aset dibenarkan dibekukan.

Perintah itu diberikan Hakim Azhar Abdul Hamid selepas membenarkan permohonan dikemukakan pada prosiding secara ex-parte.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM mendapati harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan yang berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Permohonan SPRM itu dibuat mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA 2001 bagi siasatan mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagaimanapun, Na’imah dalam kenyataan hari ini memberitahu beliau akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu dan menegaskan tidak dimaklumkan mengenai tindakan berkenaan serta hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pencabulan mengejut norma undang-undang yang paling asas dan langsung tidak boleh diterima, Na’imah mendakwa SPRM memperoleh perintah ex-parte (sebelah pihak) itu secara rahsia.

Malah, katanya, dirinya tidak diberi peluang untuk bersuara di mana beliau sepatutnya dibenarkan menyatakan pembelaan di mahkamah.

“Tiada orang yang munasabah akan mengatakan bahawa ini selaras dengan keadilan atau prinsip keadilan asasi. Mereka telah memperolehi perintah tersebut secara serang hendap.

“Malah tiada peruntukan dalam undang-undang yang membenarkan permohonan ex parte seperti ini dibuat. Dan kini mereka bersembunyi di sebalik selimut legaliti untuk menjustifikasikan sesuatu yang secara jelas merupakan satu bentuk pencurian oleh institusi kerajaan,” katanya. – 4 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related