◉ HEADLINES

2 lagi ditahan selepas video sekat laluan di Lebuhraya Utara-Selatan tular

Polis percaya beberapa lagi individu, dipercayai ejen tarik kereta masih bebas

6:44 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis menahan dua lagi individu yang disyaki menghalang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran kawasan rehat Pedas-Linggi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hasani Hussain berkata, suspek berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan lewat malam tadi selepas mereka datang ke balai untuk memberi keterangan, demikian lapor Berita Harian.

“Kedua-dua suspek dipercayai berada di dalam salah satu daripada tiga kereta yang dilihat menghalang lebuh raya dalam video tular itu,” katanya.

“Buat masa ini, tiada objek dirampas dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan peranan mereka dalam kejadian itu.”

Hasani berkata, kedua-dua lelaki itu direman sehingga esok, manakala suspek pertama yang ditahan sebelum ini masih dalam tahanan sehingga Selasa.

Beliau berkata polis percaya beberapa lagi individu, termasuk mereka yang disyaki ejen tarik kereta, masih bebas.

“Kami sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya,” katanya. – 6 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related